Mohd Arif Asa’ad Bin Johari


infitah, training, consultancy, motivation

Mohd Arif Asa’ad bin Johari

Trainer, Professional Learning Facilitator (PLF)

 

Pendidikan:

Sarjana Muda Sains Gunaan & Pengajian Islam, Universiti Malaya

Sijil Perguruan Islam MUSLEH

 

Biodata Ringkas:

Beliau merupakan pengasas kepada Infitah Training & Consultancy dan ahli Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) dan merupakan seorang Professional Learning Facilitator (PLF) yang aktif menjalankan pelbagai aktiviti dan program dalam rangka menaik taraf kredibiliti dan kemahiran seseorang trainer dan fasilitator.

Semasa di Universiti Malaya, beliau telah menyertai PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan) UM sehingga ditauliahkan sebagai Leftenan Muda. Penglibatan beliau sebagai Exco Sukan & Rekreasi Akademi Pengajian Islam, UM, Nilam Puri, Kelantan  2004/2005 turut membantu beliau meningkatkan skil kepimpinan dan team-building yang diterapkan bersama ahli sepasukan.

Beliau berpengalaman sebagai fasilitator dan urusetia bagi One Step Management Consultant & Akademi Insan Moreclass Hidayah yang banyak menjalankan program-program untuk remaja.

Beliau juga dijemput untuk menjadi Pengajar ‘Tahsinul Qiraah al-Quran’ bagi Amanah Ikhtiar Malaysia (Cawangan Seremban) dan trainer jemputan bagi Modul ‘Oh Mudahnya Tajwid!’ bersama staf-staf Forest Research Institute (FRIM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Selain itu, beliau berpengalaman mengendalikan program-program bagi para pelajar sekolah, IPT, surau, masjid & korporat termasuk bersama JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan), NSSDC (Negeri Sembilan Skills & Development Centre), Pusat Zakat Selangor, JASA (Unit Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan Malaysia), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Akademi Insan Moreclass Hidayah, Victor Buyck (M) Sdn. Bhd, Amanah Ikhtiar Malaysia & lain-lain. Beliau juga merupakan peneraju utama modul Motivasi Al-Quran (MAQ) dan Mudahnya Tajwid! dan Smart SOlat Leads to Success.