Pengenalan

  

Pengenalan 


 

  

Infitah Training & Consultancy atau ITC merupakan syarikat pemilikan penuh Bumiputera yang memfokuskan pada Pembangunan Modal Insan yang patuh-syariah sebagai teras aktiviti syarikat, antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk kem motivasi, latihan kepimpinan, teambuilding, hari keluarga, kem solat, explorace, perkhemahan dan banyak lagi. Pihak ITC juga telah berkembang dalam bidang pendidikan menerusi Akademi Infitah yang memfokuskan bidang akademik dan kelas Al-Quran. 

Khidmat pengendalian kursus dan latihan yang disediakan oleh ITC tidak hanya terhad dalam lingkungan pelajar dan bidang akademik semata-mata tetapi dengan latar belakang pengurusan dan sokongan jurulatih yang berpengalaman, ITC juga berkeupayaan mengelolakan program untuk pihak korporat dan jabatan sama ada bersifat motivasi kerjaya, teambuilding, outdoor mahu pun soft-skill. 

Prinsip ITC bahawa kejayaan adalah hak milik setiap individu. Maka, dengan kekuatan azam serta motivasi untuk membantu masyarakat dan pelanggan dalam mencapai objektif akan memastikan para peserta terus maju dan mencapai misi & visi yang ditetapkan selain memacu pembangunan sosial dalam konteks modul insan. 

Oleh yang demikian pihak ITC merasa terpanggil untuk turut serta dalam mengembalikan keyakinan, jatidiri dalaman dan juga membantu mengembangkan potensi yang dimiliki oleh peserta agar mereka dapat mengembelengkan kebolehan yang ada ke arah kecemerlangan yang berterusan . Hasrat dan iltizam ini menjadi asas kepada Visi dan Misi syarikat dalam menerajui aktiviti pembangunan insan dan perkhidmatan yang diberikan . 


 

Salam Kejayaan dari Infitah Training & Consultancy 

Motivation, Leadership, Perkhemahan 

‘Education & Motivation Are Our Concern’ 

© 2012 Infitah Training & Consultancy All rights reserved - Wallow theme v0.44 by ([][]) TwoBeers - Powered by WordPress - Have fun!